top of page

Gel Permeation Chromatography

Pengenalan

Suatu bahan polimer dapat dicirikan berdasarkan kepada Indeks Polisebaran (PDI) dan berat molekul yang diukur melalui sama ada Jisim Purata Molekul Nombor (Mn), Jisim Purata Molekul Berat (Mw) atau Jisim Purata Molekul Kelikatan (Mv). Melalui kaedah pemisahan GPC, nilai PDI, Mn dan Mw dapat ditentukan.Teknik pemisahan dalam GPC berlaku berdasarkan kepada saiz hidrodinamikmolekul dalam larutan. Pelarut seperti Tetrahidrofuran (THF) pula digunakan sebagai eluen (fasa bergerak). Molekuldengan saiz yang lebih kecil akan memasuki liang-liang fasa pegun (gel) dan berada di dalam fasa pegun lebih lama dan akan meningkatkan masa tahanan (tr). Manakala molekul yang bersaiz lebih besar tidak dapat memasuki liang akan terelusi lebih awal. Resolusi pemisahan GPC bergantung kepada saiz zarah, saiz liang, kadar alir, panjang turus dan saiz sampel

Keadaan sampel

Sampel cecair, pepejal (perlu dilarutkan dalam pelarut THF terlebih dahulu)

Jumlah minima sampel diperlukan

10mL per sampel atau kuantiti sampel mestilah cukup untuk menyediakan larutan dengan kepekatan 10%.

Keperluan minima sampel diperlukan

  1. Sampel hendaklah larut dalam pelarut THF

  2. Sampel hendaklah dicairkan pada kepekatan tertentu mengikut jisim molekul yang terdapat dalam polimer berkenaan

Tempoh analisis

40 minit per sampel (bergantung pada nilai t)

Home: Research

Prosedur dan borang tempahan penggunaan

Prosedur Tempahan

Muat Turun

Borang Tempahan

Muat Turun
Home: Research

Caj Perkhidmatan Analisis

STATUS PENGGUNA: UKM

PPSKTM : prasiswazah - percuma

                 siswazah - RM 100 / sampel

​

LUAR PPSKTM : RM 150.00 / sampel

​

LUAR FAKULTI : RM 160.00 / sampe

STATUS PENGGUNA: LUAR UKM

BADAN KERAJAAN : RM 200.00 / sampel

​

SWASTA : RM 250.00 / sampel

Home: Research

Hubungi Kami

L127, Bangunan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

0389214867

Thanks for submitting!

Home: Contact
bottom of page